[VIDEO] Atlet Israel Buat Hal, Pergi Lompat Atas Katil Kadbod Di Tokyo Sampai Hancur
Memalukan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang semua tahu, Olimpik Tokyo sudah pun membuka tirainya pada 23 Julai yang lalu
Ia merangkumi sebanyak 342 acara dalam 33 sukan dengan melibatkan 206 negara yang akan bertanding bagi merebut pingat.
Sudah tentu tuan rumah sukan bagi sukan berprestij ini mempunyai keunikan mereka tersendiri bersempena Olimpik seperti pembuatan katil yang dikitar semula.
Namun, tular sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan atlet daripada Israel melompat atas katil untuk membuktikan sama ada ia kukuh atau tidak telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lompat beramai-ramai nak cuba uji kukuh atau tidak
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan atlet daripada Israel mengambil keputusan dengan menguji ketahanan katil kadbod yang disediakan pihak tuan rumah itu.
Pada mulanya kelihatan empat orang berada di atas katil tersebut sambil mereka melompat bersama-sama untuk mengujinya.
Di akhir video pula kelihatan katil itu dipenuhi dengan sembilan orang atlet di atasnya. Apa yang lebih mengecewakan adalah katil itu sehingga hancur dilakukan oleh atlet-atlet tersebut.
"Dimana-mana nak buat kerosakan. Shame on you" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati aksi mereka itu sememangnya mengundang pelbagai kemarahan netizen. Malah, ada juga yang berpendapat mereka tidak menghargai pemberian katil yang disediakan oleh pihak tuan rumah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 313.1K views, 17.2K likes dan 1,767 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: