seismik

Ibu Seronok Lukis Gambar Doraemon Nak Tunjuk Dekat Anak, Tapi Hasilnya Pula Undang Tawa

Anak dia pun, jujur betul.

Cover image via @aidan_sofia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan kita semua perlu kekal berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak waktu yang dapat diluangkan bersama keluarga

Terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak.

Sama seperti video yang tular di Tiktok ini apabila seorang ibu meluangkan waktu bersama anaknya dengan melukis mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Luang masa bersama anak dengan melukis Doraemon

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang melukis sambil diperhatikan oleh anaknya.

Si ibu ingin melukis kartun popular iaitu Doraemon dengan menyanyi lagu kartun berkenaan. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah selepas siap saja melukis bahagian kepala kartun tersebut, si anak mula memberikan pendapat mengenai lukisan itu.

"Ini bukan Dolemon (Doraemon), ini Cunioo ( Suneo)," kata si anak.

Perkara tersebut membuatkan si ibu tergelak mendengar jawapan anaknya. Dia kemudian kembali melukis semula kartun tersebut dan kali ini berjaya mendapat pujian daripada si kecil itu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@aidan_sofia

Reply to @justapuppet77 kalini dy ckp cantikk ##fyp

original sound - fatihah zailani

"Saya sebagai fans Doraemon pun terkejut boleh jadi Suneo" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 143.7K views, 12K likes dan 1,267 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai pula anak dia puji tu. Comel je :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: