seismik

"Ingatkan Pakwe Curang" - Gadis Ini Mengamuk Jumpa Subang Dalam Kereta, Tapi Rupa-Rupanya

Alamak malu tak? Hahaha.

Cover image via @azimjohar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman

Perkara tersebut dilakukan untuk mengurangkan wabak jangkitan Covid-19 yang semakin berleluasa di negara kita ini.

Sudah pasti banyak perkara yang perlu ditangguhkan buat masa sekarang. Kerajaan juga masih tidak membenarkan orang ramai untuk merentas negeri dan daerah. Nasib baik dengan teknologi yang ada sekarang kita boleh berhubung secara video call dengan orang tersayang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang perempuan mencurigai pasangannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azimjohar

Ahh sudah . Perempuan kalau dah overthinking . Better kita lelaki diam ##fyp ##fyp ##explore ##foryou ##foryoupage ##thisis4you ##life ##esekeli

original sound - Azim Johar

Mengamuk lepas nampak 'subang' dekat dalam kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi reaksi pasangannya yang menjumpai kononnya subang di dalam kereta kekasihnya itu.

Wanita itu kemudian bertanyakan milik siapakah kepunyaan subang tersebut dengan nada yang marah.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah si lelaki memberitahu itu bukanlah subang tetapi ia adalah keychain membuatkan dia masih tidak percaya dan mencuba memakainya dihidung pula bagi memastikan perkara tersebut.

"Aku dah tahu nasib kau kalau berani curang bang, habis da jerit" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat pasangan tersebut. Malah, ramai yang memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak berani untuk curang kerana sudah tahu akibatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 424.5K views, 40.8K likes dan 398 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Perempuan kalau bab gaduh memang tak boleh nak cakap apa kadang betul tak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: