seismik

[VIDEO] Rakan Confident Nak Masuk Kereta, Sekali Bila Tengok Orang Dalam Rupanya Salah

Malu woi!

Cover image via @afrinamokhtar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita lihat kenderaan di atas jalan raya, kebanyakannya ada jenis yang sama betul tak?

Iyalah, mungkin kenderaan yang sama itu menjadi kegilaan ramai kerana bentuknya yang menarik minat orang ramai. Jadi, tidak hairanlah kalau kita tengok dekat jalan raya kadang kala sampai 5 buah kereta sama dalam satu masa.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis terpaksa menahan malu kerana tersalah kereta menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Confident nak masuk ingatkan itu kereta rakan

Menerusi video tersebut, seorang gadis telah berkongsi situasi rakannya yang baru saja keluar daripada sebuah kedai.

Rakannya itu kemudian dilihat terus melulu jalan ke depan padahal kereta yang sepatutnya dinaiki berada di belah belakang.

Mungkin kerana warna dan jenis kereta sama, rakannya itu terus pergi ke kereta tersebut tanpa melihat dibelakangnya.

Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja rakannya itu mahu membuka pintu, dia melihat ada orang lain di dalam kereta berkenaan. Dia dengan pantas terus mencari kereta rakannya itu dan terus berlari ke belakang kerana malu.

Situasi tersebut membuatkan rakannya itu tergelak kerana tidak menyedari itu bukanlah kereta rakannya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah: 

"Malu tahap gaban oi. Aku dah kena sekali" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur selepas melihat video tersebut. Malah,ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 77.2K likes dan 2,592 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang malu woi kalau tersalah macam ni. Rasa nak menyorok je!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: