seismik

"Smooth Je" - Gadis Sengaja Usik Bagi Pickup Line, Staf McD Ini Pula Sampai Terdiam Malu

Malu-malu abang tu.

Cover image via @jesfsa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perasan tak bila kita bersama dengan rakan-rakan, pasti perangai kita akan berubah sikit seperti menjadi 'gila-gila' dengan mereka

Mana tidaknya, dengan rakan-rakan sajalah kita boleh melakukan aktiviti dan perkara yang di luar jangkaan untuk menghiburkan hati masing-masing.

Begitulah yang terjadi dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis sengaja mengusik staf McD bersama rakannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja usik staf McD dengan bagi pickup line

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil membeli makanan ringan di sebuah restoran menerusi drive-thru.

Sebaik saja mendapat makanannya, dia terus memeriksa dan mengetuk kembali tingkap drive-thru berkenaan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu pekerja tersebut bahawa makanannya tidak cukup dan pekerja itu bertanyakan yang mana satu.

Dia kemudia menjawab "masa awak dengan saya". Kejadian itu membuatkan pekerja itu terkejut dan seperti malu sambil rakan-rakannya yang lain tergelak mendengarnya.

"Hahaha tak fokus dia nak buat kerja takut terngiang-ngiang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perangai gadis tersebut. Malah, ada yang berpendapat mungkin selepas ini pekerja itu tidak fokus membuat kerja kerana masih teringat kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 128.2K likes dan 1,752 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tersengih je abang tu, hilang penat dia buat kerja kot ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik