seismik

"Siap Berqoqolah" - Suruh Member Cover Part Lagu Ariana Grande, Hasilnya Pula Menghiburkan

Macam-macam perangai.

Cover image via @g0odbo1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai rakan-rakan yang lucu dan 'masuk air' sememangnya dapat menghilangkan stres dan bosan kita

Ada saja perangai dan telatah mereka tunjukkan, tambahan lagi jika perangai mereka memang jenis 'gila'gila' dan sering menghiburkan hati. Pasti tak kering gusi dibuatnya.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi gelagat rakan-rakannya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suruh rakan hantar voice note cover lagu Ariana Grande

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi gelagat rakan-rakannya apabila diminta untuk cover lagu penyanyi antarabangsa popular iaitu Ariana Grande.

Dia kemudian menghantar video tersebut di dalam group WhatsApp dan meminta agar rakan-rakannya untuk menyanyikan sebahagian daripada lagu tersebut.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila rakan-rakannya menghantar kembali voice note dengan nyanyian berbeza-beza seperti alunan nasyid, azan, birthday dan sebagainya.

"Aku ni dari sedih terus gelak sia dengar semua menyanyi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai yang memberikan reaksi mereka masing-masing mengenai suara rakan-rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 424.1K views, 77.2K likes dan 1,743 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dekah betul dengar seorang-seorang punya nyanyian :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: