seismik

Gadis Ini 'Bantai' Minta Tolong Pak Cik Tak Kenal Rakam Video Lepas Vaksin Bikin Dekah

Nasib baik pak cik tu sporting.

Cover image via @ElynaSyaznii (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, sekarang kerajaan sudah pun membenarkan proses vaksinasi untuk dirakam oleh semua individu

Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang mereka untuk merakam detik-detik bermakna itu lalu dikongsikan di media sosial.

Malah, ada juga yang siap merakam proses mereka ketika mendapatkan suntikan tersebut untuk dibuat kenangan nanti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis dengan selamba meminta seorang pak cik merakam videonya di pusat vaksinasi mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiada kawan masa datang vaksin, terpaksa minta tolong pak cik tak kenal

Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi momen lucu tentang rakannya itu terpaksa meminta tolong seorang pak cik untuk merakamnya.

Pada mulanya kelihatan gadis itu berkongsi detik semasa dia divaksin. Tetapi, sebaik saja habis suntikan vaksin itu, dia menjadi bingung kerana tidak tahu ingin meminta tolong siapa untuk mengambil videonya di booth gambar.

Tidak lama kemudian, dia meminta tolong seorang pak cik tak dikenali untuk merakam dirinya. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia berkongsi belakang tabir apa yang terjadi semasa mahu merakam video berkenaan bersama pak cik itu.

Dia juga sempat memberi arahan kepada pak cik tersebut tentang bagaimana cara untuk mengambil video yang dimahukan. Selesai rakaman dia mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu.

"Aku nak minta tolong amikkan gambar pun segan apatah lagi video" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka berdua. Malah, ada yang memuji tingkah laku pak cik itu yang sporting melayannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 309K views, 13.1K retweets dan 21.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Beginilah jadinya bila tiada kawan nak tolong rakamkan. Terpaksa tebal muka nak dapat momen manis :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: