seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Buat Parodi Iklan Setiap Kali Buka YouTube, Ramai Pula Dapat Relate

Relatable!

Cover image via @nursyafiqnaser (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang suka menonton YouTube pasti tidak boleh lari dengan iklan yang dipaparkan di situ betul tak?

Tambahan pula ada iklan yang memang tidak boleh skip dan memaksa anda untuk melihatnya terlebih dulu sebelum video anda dimainkan.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki melakonkan kembali iklan yang sedang hangat di kaca TV dan YouTube mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nursyafiqnaser

Me translate the lyrics: Terkeyerketerleterleter tekertrytarrr ##fypppp ##apple

original sound - Nursyafiq Naser

Buat parodi iklan yang sering dilihat di YouTube

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membuat parodi mengenai sebuah iklan jenama telefon popular.

Dia kemudian melakonkan kembali gaya yang terdapat dalam iklan terbabit dengan reaksi muka yang menghiburkan.

Apa yang lebih melucukan adalah dia tidak menggunakan telefon untuk iklan parodi tersebut, sebaliknya hanya menggunakan casing telefon sebagai lakonannya itu.

"Dalam TV pun banyak iklan ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat parodi yang dilakonkan itu. Malah, ramai yang dapat relate situasi sama mereka, bukan saja di YouTube tetapi di televisyen, Twitter dan banyak lagi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 395.4K views, 62.8K likes dan 1,994 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dekat mana-mana boleh tengok iklan ni betul tak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: