seismik

[VIDEO] Wanita Syok 'Video Call' Dengan Cristiano Ronaldo, Perbualannya Pula Bikin Dekah

Lawak pula dia punya perbualan tu.

Cover image via @delima_andaman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan keadaan pandemik Covid-19 sekarang, memang susah untuk kita berjumpa dengan kawan-kawan dan keluarga jauh

Disebabkan itu, kita boleh menghubungi mereka secara dalam talian saja contohnya seperti video call. 

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita seronok membuat panggilan menerusi video call dengan bintang bola sepak popular Cristiano Ronaldo mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@delima_andaman

##duet with @cr7_kingg Anak soleh umi n walid ni. kat rumah panggil Sepul je.. ##aidiladha ##ronaldo ##tiktokmalaysia ##fyp

original sound - Cristiano

Video call sebab nak sembang pasal ikan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membuat panggilan menerusi video call bersama Cristiano Ronaldo.

Dia kemudian memanggilnya sebagai Sepul dan bertanyakan bila dia mahu pulang kerana kononnya dia dan suami sudah menunggu lama.

Malah, wanita berkenaan sempat bergurau dengan membalas balik pertanyaannya dari 'anaknya' itu yang kononnya memberitahu dia sudah membelikan ikan buat ibunya.

"Demi Sepul saya akan belajar masak ikan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perbualan wanita itu bersama si Sepul.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 88.3K views, 8,007 likes dan 719 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Steady kak, anak Cristiano Ronaldo pula tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: