Lelaki Ini Beri Reaksi Pelik Tengok Cara Wanita Buat Makanan Anak, Rupanya Ada Plot Twist
Patutlah dia buat macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda seorang ibu, tentunya penyediaan masakan akan dilakukan bagi memastikan anak-anak dapat makan makanan yang berkhasiat
Pada usia anak masih kecillah kita perlu memberikan mereka makanan yang sihat dan bernutrisi untuk pertumbuhan yang lebih baik.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki memberi reaksi selepas melihat seorang wanita menyediakan makanan untuk anaknya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pelik tengok cara wanita ini masak untuk anak-anak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang memberi reaksinya ketika melihat seorang wanita berkongsi masakan untuk anak-anaknya.
Lelaki itu kemudian semakin lama semakin merasa pelik kerana melihat bahan-bahan makanan yang disediakan oleh wanita terbabit. Dia seolah-olah tidak percaya apa yang disaksikannya itu dan malah menyuruh agar wanita itu menyerahkan anak-anaknya kepada orang lain.
Rupa-rupanya hidangan makanan yang disiapkan oleh wanita itu adalah anjingnya yang disebut sebagai 'anak-anaknya'. Lelaki itu kemudian terdiam dan seperti malu selepas melihat penghujung video tersebut.
"Chicken and beef together?" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video tersebut. Ada yang tidak dapat bayangkan bagaimana rasa ayam dan daging dimakan sekali.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 12.9M views, 28K retweets dan 107.6K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter: