seismik

[VIDEO] Isteri Suruh Tolong Letak Ikan Dalam Peti Ais, Tapi Lain Pula Yang Dibuat Si Suami

Macam tu je dia letak ya.

Cover image via @helloiamroulette (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan bantuan yang diberikan pasti sedikit sebanyak dapat membuatkan pasangan kita berasa gembira.

Kalau boleh ringankan lah tulang dan tidak berharap pada seorang saja yang melakukan kerja rumah. Tidak kiralah kecil ataupun besar.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi apa yang dilakukannya suaminya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami buat hal letak ikan dalam peti ais dengan cara sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi detik melucukan yang dilihatnya di rumah. Difahamkan pada awalnya dia meminta suaminya itu menyimpankan dua ekor ikan di dalam peti ais.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah si suami dengan selambanya meletakkan ikan-ikan tersebut di dalam peti ais tanpa sebarang bekas.

Kejadian itu membuatkan isterinya terkejut dan menyesal kerana tidak memberikan arahan penuh kepada suaminya itu.

"Haih lah, orang lelaki kalau buat kerja asal boleh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara suaminya menyimpan itu. Malah, ada juga berkongsi pengalaman sama yang dialami mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 110.6K views, 5,904 likes dan 678 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik isteri dia jenis penyabar, kalau tak habislah suami dia :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: