seismik

[VIDEO] Gadis Tunjuk Apa Yang Pernah Dimuat Naik Dalam Facebook, Ramai Pula Boleh Relate

Zaman-zaman dulu.

Cover image via @hadaaniaa1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini mempunyai media sosial Facebook bukan?

Mana tidaknya, Facebook merupakan antara media sosial yang paling popular suatu ketika dulu. Disebabkan itu ramai yang mempunyai akaun sendiri.

Masa berjalan dengan pantas sekali, sekarang ramai yang beralih daripada Facebook kepada media sosial lain seperti Instagram dan Twitter. Pasti kenangan yang pernah dimuat naik dalam Facebook masih ada sehingga hari ini bukan?

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi apa yang pernah dimuat naik dalam Facebooknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Macam tak percaya apa yang pernah dimuat naik di laman Facebook zaman dulu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis menunjukkan kembali antara beberapa kenangan yang pernah dimuat naik di laman Facebook miliknya 9 tahun lalu.

Dia kemudian menunjukkan antara beberapa gambar daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah. Malah dia juga menunjukkan status yang pernah ditulisnya dulu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksinya apabila melihat kembali kenangan tersebut dan seolah-olah tidak percaya yang dia pernah lakukan sedemikian.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@hadaaniaa1

Wait till the end dulu penah nak jadi najwa latiff hmm ##fyppppppppppppppppppppppp

original sound - Big-Reg

"Hahaha sama sis, kalau tengok wall lama-lama macam apa yang aku buat ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi gadis itu.  Malah, ada juga yang meluahkan rasa malu mereka kerana pernah memuat naik gambar dan status seperti gadis itu dulu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 23.6K views, 2,181 likes dan 134 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terkejut bila tengok balik zaman Facebook dulu, tiba-tiba rasa nak gelak :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: