seismik

[VIDEO] Cuba Challenge Nyanyi Lagu Lady Gaga, Gelagat Geng Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Dekah woi!

Cover image via @topek_olsku (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, banyak trend yang kita boleh lihat dilakukan di media sosial betul tak?

Malah, pelbagai challenge juga yang kita sering lihat dilakukan oleh influencer. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai yang mengikuti trend mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan lelaki melakukan challenge dengan perlu menyanyi telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba challenge nyanyi lagu Lady Gaga, tapi lain pula jadinya

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berkumpul bersama sambil melakukan sebuah challenge.

Difahamkan mereka perlu menyanyi lagu daripada artis popular iaitu Lady Gaga bertajuk Bad Romance. Mereka perlu menyanyikan dengan nada yang berbeza-beza mengikut kemampuan suara mereka.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila beberapa orang daripadanya tidak dapat menahan ketawa ketika menyanyikan lagu itu membuatkan semua rakannya juga turut ketawa.

"Punca baju merah gelak semua ikut" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat geng lelaki itu. Malah, ada yang menyalahkan baju merah itu kerana dia punca semua tergelak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.6M views, 332.6K likes dan 12.6K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, dia punya pasal semua tergelak sekali ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: