seismik

Boleh Tukar Alamat Temu Janji Vaksin, Ini Langkah Yang Pengguna MySejahtera Perlu Tahu

Mudahlah sikit lepas ni.

Cover image via The Star & Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, semua orang digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengekang jangkitan wabak Covid-19

Buat masa ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bekalan vaksin untuk memastikan semua orang disuntik demi keselamatan rakyat.

Jika anda sudah pun mendapat tarikh vaksin di dalam aplikasi MySejahtera, ia adalah satu perkara yang baik. Tetapi tahukah anda boleh menukar alamat janji temu vaksin walaupun sudah dijadualkan?

Jom kita lihat cara-caranya di bawah:

Berikut di bawah adalah cara-cara menukar alamat janji temu vaksin di aplikasi MySejahtera:

1. Sahkan temu janji terlebih dulu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Flock Freight

Anda perlu klik sahkan temu janji dulu untuk proses pertama. Sekiranya anda pernah berbuat demikian, pilih klik di sini untuk membatalkan temu janji anda.

2. Pilih alasan kedudukan pusat vaksinasi terlalu jauh

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Untuk langkah kedua, anda perlu memilih kemudahan kesihatan yang diperuntukkan terlalu jauh sebagai alasan pembatalan.

3. Letak butiran alamat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Seterusnya, anda perlu memasukkan dan hantar butiran baru untuk negeri dan poskod yang anda sedang menetap sekarang.

4. Alamat dikemas kini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Klook

Setelah memasukkan butiran baru, alamat baru akan diproses dan dikemas kini bagi menjadualkan kembali temu janji vaksin anda.

5. Tunggu dalam masa 30 hari

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dreamstime

Selepas selesai kemas kini, butiran temu janji yang baru akan dihantar kepada anda dalam masa 30 hari. Giliran tidak akan terjejas sekiranya anda membuat pembatalan.

Harap informasi ini dapat membantu anda dan jangan lupa dapatkan vaksin okay! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: