seismik

Pengambilan Vaksin, Ini Proses Sebelum, & Selepas Suntikan Yang Anda Perlu Tahu. Penting!

Take note okay guys!

Cover image via Clinical Trials Arena & Saltwire

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, seluruh negara kini sedang mengalami wabak yang sangat teruk iaitu Covid-19

Malaysia juga tidak terkecuali daripada pandemik ini. Berjuta orang telah meninggal dunia disebabkan terkena jangkitan penyakit tersebut.

Sudah tentu, setiap pemimpin mahu lakukan yang terbaik buat negara mereka bagi mengekang wabak itu daripada terus menular.

Salah satu langkahnya adalah degan memberikan suntikan vaksin kepada semua orang. Di Malaysia, penerimaan suntikan vaksin ini amat memberangsangkan kerana ramai yang menunjukkan minat mahu mendapatkannya untuk menjaga diri mereka.

Namun, tahukah anda tentang proses sebelum dan selepas anda menerima vaksin tersebut? Jom kita lihat perkara yang anda perlu tahu di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Straits Times

Apakah kepentingan mengambil vaksin Covid-19?

Menurut sumber, vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, ramai penduduk yang akan membentuk antibodi lebih kuat supaya dapat mengurangkan komplikasi yang teruk apabila dijangkiti oleh penyakit Covid-19.

Secara tidak langsung ia bukan saja boleh melindungi golongan yang berisiko. Malah, semua orang termasuk kanak-kanak dan golongan warga emas pun dapat dilindungi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Money Control

Sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengemaskini maklumat peribadi anda di dalam aplikasi MySejahtera. Pastikan anda telah mengisi semua maklumat yang dikehendaki di dalam aplikasi tersebut.

Jadi, sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan sedikit penerangan kepada anda tentang vaksin berkenaan dan ada diminta untuk menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin Covid-19 di depan petugas kesihatan.

Malah, anda mungkin tidak layak untuk menerima vaksin jika anda:

  • Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk
  • Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
  • Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  • Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
  • Ibu yang sedang hamil atau merancang kehamilan (Bergantung pada jenis vaksin)
  • Ibu yang sedang menyusukan anak (Bergantung pada jenis vaksin)
  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
  • Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Anda juga dikehendaki untuk membawa kad pengenalan dan pen pada pemberian tarikh yang telah ditetapkan. Selain itu, bawa juga telefon bimbit bagi yang mempunyai aplikasi MySejahtera. Warga emas dan OKU digalakkan datang bersama peneman.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Selepas menerima suntikan vaksin Covid-19

Pasti ramai yang tertanya apakah rasanya selepas menerima suntikan Covid-19 ini?

Kebiasaannya, selepas saja anda menerima suntikan vaksin, anda akan dibawa ke ruang pemerhatian sekurang-kurangnya 15 minit. Ia adalah untuk melihat status kesihatan anda supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.

Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin Covid-19:

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
  • Denyutan jantung yang sangat cepat
  • Ruam teruk timbul di seluruh badan
  • Merasa pening dan lemah tubuh badan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas selepas menerima suntikan, anda perlu memberitahu kepada petugas kesihatan dengan segera.

Anda juga perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberikan oleh anggota kesihatan. Apabila anda telah selesai mendapat dos pertama, anda akan diberikan kad vaksinasi. Dos kedua Vaksin Covid-19 akan ditulis pada kad tersebut. Jika tiada tarikh tertentu, anda boleh menyemak aplikasi My Sejahtera untuk temu janji dos kedua.

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada anda semasa mengambil suntikan nanti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: