seismik

Jom Sama-Sama Membantu, Ini Senarai Peniaga Di Shopee Yang Menjual Pakej Barangan Dapur

Jom hulurkan bantuan!

Cover image via Harian Metro & Zulaika Mahar (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum mengetahui, kempen kibarkan bendera putih adalah salah satu cara untuk orang ramai saling membantu kepada mereka yang memerlukan

Dengan kibaran bendera ini, orang yang melalui kawasan tersebut akan mengetahui bahawa ia memerlukan bantuan pada waktu yang sukar ini.

Oleh sebab itu, ramai yang telah tampil menghulurkan pelbagai bantuan berbentuk makanan atau sebgainya agar mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Namun, anda tidak perlu bersusah-susah lagi pergi ke kedai untuk membeli satu per satu barangan dapur untuk hulurkan bantuan kerana kini boleh didapati dalam bentuk pakej saja.

LIhat perkongsian di Twitter ini yang berkongsi kedai yang anda boleh dapatkan untuk barangan dapur. Sangat mudah!

Ini adalah antara 8 kedai Shopee yang menjual pakej barangan dapur:

1. ASY Enterprise

Image via googleapis.com

Seller dari Melaka ini menyediakan beberapa set pakej barangan dapur. Pergi sahaja di kedai mereka dan cari 'Family Box'.

Klik di sini untuk beli.

2. Bisera Shop

Image via Bisera Shop

Bisera Shop adalah satu lagi seller yang menjual pakej barangan dapur dari Alor Gajah, Melaka. Dalam satu pakej ada 10 barangan.

Klik di sini untuk beli.

3. Kedai Hizer

Image via Kedai Hizer

Bagi anda yang tinggal di sekitar Ipoh, Perak, bolehlah beli melalui seller ini. Selain itu, mereka juga boleh dipesan dan dihantar kepada alamat yang anda mahukan.

Klik di sini untuk beli.

4. Tekun Mart Online Store

Tekun Mart menyediakan dua jenis pakej iaitu pakej Infaq dan pakej PKP dengan harga yang sangat sesuai mengikut bajet anda. Tetapi anda perlu sedikit bersabar memandangkan pakej mereka mendapat sambutan hangat dan selalu sold out.

Klik di sini untuk beli.

5. EM Buzz

Image via EM Buzz

Jika anda mahukan barangan dapur yang sedikit lebih banyak, kedai ini adalah jawapannya. Pelbagai pakej barangan dapur yang seller ini ada. Anda boleh pilih mengikut keperluan masing-masing.

Klik di sini untuk beli.

6. Online Shop by FA

Kedai ini berada di Penang, jadi orang Penang kalau nak beli pakej barangan dapur di Shopee, boleh beli dengan seller ini, pasti penghantaran akan lebih cepat. Anda yang berada di luar Penang juga boleh dapatkan barangan daripada mereka.

Klik di sini untuk beli.

7. H&S Grocery

Image via H&S Grocery

H&S Groceries menyediakan barangan keperluan asas secara pakej di Shopee. Kalau anda berada di sekitar Klang, boleh pilih seller ini.

Klik di sini untuk beli.

8. Mydin

Image via Mydin

Siapa saja yang tidak kenal dengan pasar raya popular Mydin ini kan? Mydin turut menyediakan pek kombo. Ada 12 barangan di dalamnya, boleh lihat senarainya di Shopee.

Klik di sini untuk beli.

Jadi, untuk korang yang ada niat nak sedekah tu boleh lah dapatkan barangan daripada kedai-kedai ni. Berbaloi dan mudah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik