Masih Belum Ada Rezeki Dapat Kerja? Jom Cuba Mohon Melalui 7 Laman Web Pekerjaan Ini
Semoga ada rezeki korang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak mempunyai pendapatan harian
Disebabkan itu, ramai yang terpaksa dibuang kerja, ditolak gaji dan sebagainya kerana syarikat tidak mampu membayar mereka. Situasi ini amat menyedihkan tambahan lagi jika memikirkan tentang banyak komitmen dan hutang yang perlu diselesaikan.
Sudah tentu mahu mencari kerja dalam musim pandemik ini agak sukar kerana tidak banyak peluang pekerjaan yang dibuka buat masa ini. Tetapi, masih banyak juga syarikat yang masih mencari pekerja untuk menolong mereka.
Resume dah merata hantar, tetapi masih tiada satu pun yang panggil untuk temuduga. Kami berharap agar anda tidak berputus asa dan sentiasa memohon tanpa jemu kerana rezeki itu ada di mana-mana.
1. MYFutureJobs
Untuk pengetahuan anda, MYFutureJobs adalah di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang merupakan portal untuk membantu promosikan pelbagai peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam kalangan majikan.
Klik di sini untuk mendaftar dan memohon.
2. JobStreet
JobStreet merupakan laman web pekerjaan yang paling popular dalam kalangan pencari kerja. Laman web ini sangat mudah untuk digunakan. Malah, ia mampu mencari pandanan pekerjaan yang anda inginkan dari serata negeri.
Klik di sini untuk mendaftar dan memohon.
3. MauKerja
MauKerja adalah laman web yang sentiasa mengemaskini kekosongan peluang pekerjaan setiap hari. Dalam laman web ini, kerja kosong akan dikelaskan secara sistematik mengikut lokasi dan fungsi tugas. Ia mempunyai fungsi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Melayu.
Klik di sini untuk memohon dan mendaftar.
4. Indeed
Indeed juga merupakan antara laman web popular yang sering digunakan oleh pencari kerja. Pengguna boleh memuat naik resume dan mendapatkan pautan resume khas untuk dikongsikan bersama majikan. Anda juga boleh meneliti gaji, fungsi pekerjaan dan banyak lagi di sini.
Klik di sini untuk mendaftar dan memohon.
5. LinkedIn
LinkedIn merupakan laman web pekerjaan yang profesional antara sesebuah organisasi dan individu. Terdapat berjuta-juta ahli berdaftar di LinkedIn yang termasuk lebih 200 buah negara. Eksekutif daripada semua syarikat juga boleh ditambah sebagai connection.
Klik di sini untuk mendaftar dan memohon.
6. myStarjob
myStarjob menawarkan pelbagai ciri seperti membantu pencari kerja mencari pekerjaan ideal mereka daripada pelbagai syarikat. Mereka telah mengemaskini perkhidmatan untuk pencari kerja dan majikan dengan tujuan untuk menjadi sumber kerjaya.
Klik di sini untuk mendaftar dan memohon.