seismik

Lebih 30 Juta Tontonan, Video Lelaki Ini Lakukan Aktiviti Harian Buat Ramai Terpegun. Wow!

Hebat betul cara dia ni

Cover image via @indoboiii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang di dalam dunia ini mempunyai bakat mereka tersendiri, tidak kiralah walaupun benda itu nampak kecil

Sesetengah orang pula mempunyai bakat luar biasa yang susah untuk dilakukan oleh orang lain. Mungkin sebab mereka sudah berlatih begitu lama untuk melakukan perkara tersebut atau kurniaan semula jadi.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi cara dia melakukan aktiviti harian telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@indoboiii

hidup itu emang harus banyak gaya ##viral

DJ Merayu - DJ Rian.A

Kongsi lakukan aktiviti harian dengan cara yang perfect

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi antara beberapa aktiviti harian di rumah yang dia sering lakukan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah caranya melakukan kesemua aktiviti harian yang kelihatan sangat perfect.

Antara yang dilihat dalam video itu adalah cara dia membuang sampah, meletakkan sudu di dalam cawan dan membaling topi untuk disangkut.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@indoboiii

hidup itu harus banyak gaya emang ##viral

Kanan Kiri Remix - elysia

"Hidup penuh dengan luck every time" - Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa kagum melihat aksinya itu. Malah, ada juga yang bertanyakan berapa lama dia melakukan latihan untuk semua itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.4M views, 1.5M likes dan 10.3K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok pula tengok dia buat semua jadi perfect :O

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: