[VIDEO] Semangat Nak Cuba Mengurat Jiran Sebelah, Ibu Pula Sempat Rakam Gelagat Si Anak
Suka dia ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti semua orang mahu mempunyai hubungan percintaan dengan orang yang mereka suka betul tak?
Tetapi, itu semua bergantung kepada nasib masing-masing. Mungkin ada sesetengah orang impian mereka menjadi nyata selepas bertungkus lumus untuk cuba mengenali pasangan mereka itu.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita sempat merakam gelagat anak lelakinya yang cuba untuk mengurat anak jiran sebelah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rakam gelagat anak yang berusaha untuk mengambil hati jirannya
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan ibu itu berkongsi gelagat anak lelakinya yang mahu mengurat anak dara jiran sebelah.
Wanita itu pada mulanya meminta agar anak lelakinya itu untuk menghantar laksa ke rumah jiran mereka. Namun, sebaik saja mendengar permintaan itu muka anak lelakinya berubah ke arah teruja dan tidak sabar mahu menghantarnya.
Apa yang lebih melucukan adalah anak lelakinya itu siap memakai kopiah lagi semasa mahu menghantar makanan tersebut kononnya mahu mengambil hati jirannya itu. Malah, si ibu sempat bergurau dengan anaknya dengan mengatakan dia hipokrit kerana mengubah penampilannya itu.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Imagine that girl seeing this on TikTok" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji bonding di antara hubungan ibu dan anak itu. Malah, ada yang berharap agar video ini dapat dilihat sendiri oleh jirannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 393.9K views, 42.9K likes dan 723 comments di TikTok:
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: