seismik

Hantar Voice Note Dekat Diri Sendiri Sebab Sunyi, Reaksi Rakan Sebelah Pula Bikin Dekah

Sampai terkejut kawan dia dengar!

Cover image via @ket0m (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang masih single sekarang ini pasti kadang kala ada rasa sunyi dalam diri bukan?

Mana tidaknya, bercinta ini akan membuatkan diri kita merasa lebih disayangi dan dihargai daripada orang yang kita sayang.

Ada pula yang berkerja keras untuk menghalalkan perhubungan mereka untuk ke fasa yang seterusnya bersama.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila cara seorang lelaki menghilangkan rasa sunyi pada dirinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rakam voice note untuk diri sendiri yang jawab

Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki sedang berada seperti di sebuah pejabat bersama seorang rakannya di sebelah.

Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula merakam audio suara sambil berkata "Sayang...aku rindu".

Mungkin pada awalnya rakannya itu tidak mengesyaki apa-apa lagi kerana memikirkan dia akan hantar pada seseorang.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah lelaki itu membuka kembali rakaman suara itu sambil menjawabnya sendiri. Perkara itu telah membuatkan rakannya itu menoleh dan mentertawakan aksinya itu.

Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)

"Cuak gila member sebelah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah ada yang lebih terhibur melihat reaksi rakannya disebelah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 282.9K views, 25.6K likes dan 1,793 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)
Image via @ket0m (TikTok)

Aduhai, nampak sangat sunyi tu bang :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: