seismik

[VIDEO] Niat Nak Bayarkan Kereta Belakang, Sekali Pemuda Ini Terkejut Lepas Dengar Harga

Bagus niat dia.

Cover image via @yiendiwn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda yang pernah dibelanja oleh orang tidak dikenali secara tiba-tiba bukan?

Tak kisahlah di kedai makan, di laluan tol atau di mana saja. Tentu anda pernah menghadapi situasi ini. Ianya boleh dianggap seperti satu rezeki buat kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila niat seorang pemuda mahu membayarkan makanan untuk kereta belakangnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yiendiwn

Niat dah okey tapi sekali dengar harga alamak ##viral

original sound - Its ‘ Nasz

Dah niat nak belanja sekali makanan untuk kereta belakang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di salah sebuah restoran makanan segera popular sambil membeli makanan melalui drive-thru.

Semasa di kaunter pembayaran dia kemudiannya meminta agar cashier tersebut untuk mengira sekali jumlah makanannya bersama kereta belakangnya dengan niat mahu belanja.

"Okay boleh, total semua sekali RM257.90," kata cashier itu.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah disaat cashier itu memberitahu jumlah kesemua harga dan membuatkan reaksi muka pemuda berkenaan terkejut mendengarnya.

Dia mula merenung dan memikirkan jumlah harga yang perlu dibayar oleh kerana wangnya mungkin cukup-cukup untuk membuat pembayaran itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus membayarnya kerana sudah berniat mahu belanja.

"Takpelah niat dah ada, dapat pahala untuk niat baik tu. Amin" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pemuda tersebut. Malah, ada juga yang tidak mahu sama ada mahu gelak atau kesian dengannya selepas mendengar harga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 138.9K likes dan 5,843 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, terkejut dengar harga. Tak apa bro niat dah baik tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: