seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Kongsi Sering Diganggu 'Dancing Cactus', Ramai Pula Yang Seram Tengok

Dah lah duduk sorang pula tu.

Cover image via @acak_east (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang pasti kenal dengan mainan viral ‘dancing cactus’ yang boleh menari dan mengulang percakapan kita

Permainan itu menjadi kegilaan ramai di seluruh negara buat masa ini. Malah, ada yang sampai beli dengan banyak untuk dijadikan sebagai hiburan mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi kisah seramnya bersama dancing cactus telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@acak_east

Jangan beli Cactus kalo tak malam anda tak boleh tidur..Dah 3 kali buang..Bangun je ad je balik cactus tu ##fyp ##foryou ##foryoupage

Suspense Horror Sounds - It Lives Down Below
@acak_east

Reply to @nanaadeliaii Atas permintaan ramai..Ni Bukti aku selitkan di Part 2..Harap dapat puaskan korang ##fyp ##foryou ##foryoupage

Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Sering dikacau oleh hantu cactus di rumah

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan berkongsi kisah seramnya tentang mainan tersebut yang sering menghantui dirinya.

Menurutnya pokok cactus itu sering berbunyi seolah-olah mahu berbicara dengannya. Malah, apa yang lebih menyeramkan adalah apabila dia juga menunjukkan mainan itu masih berbunyi walaupun selepas dia mencabut bateri dari cactus berkenaan. Tetapi ia tetap berbunyi.

Di akhir video, dia mengambil keputusan untuk membakar mainan berkenaan kerana merasa takut namun, dia tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak membakarnya dan menyimpan mainan itu sebagai peneman dikala dia kebosanan. Rupa-rupanya ia tidaklah seram seperti yang semua sangkakan.

@acak_east

Reply to @zatul_qistina Aku dah buang bateri sebab ingatkan boleh tidur tapi lagi tak boleh tidur ##fyp ##foryou ##foryoupage

Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO - Zassh

"Seorang dekat rumah, tapi siapa yang pegang kamera" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenai video-video tersebut. Ada yang seram melihatnya dan ada juga yang berpendapat dia hanya berlakon semata-mata.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 838.8K views, 41K likes dan 2,902 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

So korang rasa betul ke tak? Seram pula dengar cerita dia :{

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: