seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Lakonkan Orang First Time Pesan Air Starbucks, Ramai Pula Dapat Relate

Sampai menggigil tu kelakar!

Cover image via @fitross__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jenama air popular Starbucks memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita

Seperti yang semua tahu, air ini memang mempunyai harga yang agak mahal berbanding dengan jenama air lain.

Malah, kebanyakan orang sering berpendapat sesiapa saja yang membeli air ini adalah golongan 'berada'. Tetapi sebenarnya tidaklah seperti itu kerana sesiapa saja mampu untuk beli minuman daripada mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok apabila seorang lelaki melakonkan kembali gelagat orang pertama kali memesan air Starbucks menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lakonkan semula reaksi orang pertama kali pesan air Starbucks

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang melakonkan semula bagaimana reaksi orang bila mereka pertama kali memesan air berkenaan.

Dia melakukan dua watak iaitu sebagai cashier dan pelanggan. Dalam watak cashier itu dia bertanya pelbagai jenis soalan mengenai air yang dipesan.

Malah, apa yang lebih melucukan adalah pertanyaan si cashier itu membuatkan pelanggan tersebut sehingga terketar-ketar kerana tidak memahami istilah-istilah yang dipakai oleh kedai itu.

"Sampai sekarang aku tak pernah order Starbucks, sebab ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video lakonan itu.

Malah, ramai yang dapat relate dan berkongsi pengalaman mereka. Ada juga yang memberitahu mereka tidak pernah pergi ke kedai minuman tersebut.

Ketika artikel ini di tulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 254.4K likes dan 4,099 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang dapat relate betul, korang macam ni juga tak? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik