seismik

[VIDEO] Taksub Dengan Jimin BTS, Influencer Ini Sanggup Habis Beratus Ribu Nak Wajah Sama

Wow, bukan biasa-biasa dia ni.

Cover image via @OliLondonTV (Twitter) & Pink Villa

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah mendengar atau kenal dengan kumpulan popular K-pop iaitu BTS bukan?

Mereka merupakan salah satu kumpulan penyanyi popular di dunia. Nama mereka pasti ada saja di mana-mana. Malah, kumpulan K-pop itu mempunyai berjuta-juta peminat serata dunia.

Muzik mereka yang menjadi kegemaran ramai membuatkan BTS telah memenangi banyak anugerah di peringkat muzik antarabangsa.

Malah, ahli kumpulan mereka juga semua kacak-kacak belaka. Jadi tidak hairanlah mengapa ada yang tergila-gilakan kumpulan ini sehingga ada yang sanggup mengubah diri mereka.

Seperti seorang influencer popular yang berasal daripada United Kingdom ini apabila tular di Twitter video perkongsiannya mengubah wajah demi mahu persis Jimin BTS mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sudah jalani 18 pembedahan plastik untuk nak dapatkan muka macam Jimin

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Oli London berkongsi perjalanannya melakukan pelbagai pembedahan plastik demi menyerupai salah seorang ahli kumpulan BTS iaitu Jimin.

Menerusi sumber, setakat ini saja dia telah menghabiskan wang sebanyak $150,000 bersamaan dengan RM623,000 demi merialisasikan impiannya itu sejak beberapa tahun yang lalu lagi.

Difahamkan, dia mula mendedahkan perjalanan pembedahan plastiknya itu sejak tahun 2018 lalu. Dia selepas itu mula dikenali ramai sehingga dipanggil untuk tampil di beberapa buah stesyen televisyen.

Sepanjang tempoh enam tahun perjalanan penukaran wajahnya, dia sudah menjalani 18 pembedahan plastik untuk kelihatan sama seperti Jimin.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"You're not Korean or a girl. You're a British male begging for attention" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dan memberitahu dia melakukan demi mendapat perhatian ramai semata-mata.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.7M views, 1,656 retweets dan 4,574 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:

Taksub betul dia dengan Jimin ya sampai sanggup buat segala pembedahan untuk nampak muka sama :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik