Terlalu Rindu Atuk & Nenek Di Kampung, Budak Ini Beranikan Diri Minta Izin Dengan Polis
Sabar ya dik. Habis PKP nanti jumpa :)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui kini sudah berbulan-bulan kita dilarang untuk merentas negeri kerana penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan
Sudah pasti situasi itu amat sukar buat kita semua terutamanya yang berjauhan dengan keluarga mereka di kampung.
Bukan orang dewasa saja yang sedih dengan keadaan ini tetapi budak kecil juga turut merasai kerinduan tersebut.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak lelaki terlalu rindu kepada atuk dan nenek sehingga beranikan diri untuk berjumpa polis bagi merentas negeri mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Turun kereta cuba minta izin dengan polis nak rentas negeri
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak bersama ibu bapanya berada di sebuah balai polis selepas memujuk mereka untuk membawanya ke tempat berkenaan.
Namun, anak lelakinya memberitahu untuk mahu berjumpa sendiri dan bercakap dengan anggota polis untuk meminta izin pulang ke kampung kerana terlalu rindu atuk dan neneknya.
Walau bagaimanapun, anggota polis tersebut menjelaskan dengan baik mengapa perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan. Selepas bercakap dengan anggota polis itu, budak lelaki berkenaan dilihat begitu kecewa dan menangis di dalam kereta.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Sayunya tengok wajah yang tidak kesampaian tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sayu melihat keadaan budak lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi kerinduan sama kepada keluarga mereka yang berada di kampung.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 239.7K views, 17.7K likes dan 406 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: