seismik

[VIDEO] Anak Beli ‘Design’ Baju Pelik, Ibu Pula Sampai Membebel Susah Nak Sidai Pakaian

Kan dah kena membebel!

Cover image via @farezadnanofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Trend pakaian terkini pasti akan menjadi ikutan ramai orang terutama bagi golongan muda

Pelbagai gaya fesyen yang kita boleh lihat pada hari ini yang menjadi ikutan ramai tidak kira dalam ataupun luar negara.

Disebabkan itu cutting baju dan jenis fabrik juga menjadi keutamaan dalam sesebuah penghasilan pakaian sebagai fesyen.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki terpaksa mendengar bebelan daripada ibunya kerana fesyen baju kakaknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ibu bebel fesyen baju pelik, susah nak sidai

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang merakam bebelan daripadanya ibunya yang memberitahu fesyen baju yang dibeli kakaknya.

Si ibu kemudian membebel rekaan bajunya itu susah untuk disidai kerana cutting baju yang bersaiz besar. Malah, ibunya siap termenung seketika sambil melihat baju itu untuk memikirkan bagaimana cara untuk menyidainya.

Perkara itu membuatkan si anak tergelak mendengar bebelan ibunya itu kerana marah pada baju tersebut yang menjadi penyebab.

"Masalahnya dia sakit hati tak boleh nak sidai" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar bebelan daripadanya ibunya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 72.1K likes dan 2,679 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tahan jelah telinga okay kena dengar mak bebel :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik