[VIDEO] Aksi Lelaki Ini Mahu Berlawan Tanam Pokok Dengan Jiran Sebelah Bikin Dekah. Lawak!
Lawan bang lawan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan keadaan pandemik sekarang telah memaksa kita semua untuk kekal berada di rumah jika tiada urusan penting
Disebabkan itu, ramai orang melakukan pelbagai aktiviti mereka untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berlawan dengan jiran sebelahnya untuk menanam pokok mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lawan nak tanam pokok lebih banyak dari jiran sebelah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang berada di persekitaran kawasan rumah mereka untuk menanam beberapa jenis pokok.
Dia kemudian memberitahu mahu berlawan dengan jiran sebelahnya kerana mereka suka menanam pokok yang banyak.
Apa yang lebih kelakar adalah dia siap meminta agar kakaknya itu menanam lebih banyak pokok dari jiran sebelahnya. Malah, dia juga sehingga menanam pokok kelapa kerana lihat jiran sebelah menanam pokok pisang.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Tanam, sawit bang, dah besar esok boleh petik hasil" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai yang mencadangkannya untuk menanam pelbagai jenis pokok nanti.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 121.5K likes dan 7,475 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: