seismik

[VIDEO] Semangat Buat 'Surprise' Untuk Isteri Tapi Hujan Turun, Lelaki Ini Sampai Menangis

Sweetnya surprisekan isteri dia.

Cover image via @nachikciknall (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan pasti mempunyai tarikh istimewa mereka masing-masing terutama tarikh ulang tahun perkahwinan

Meskipun sekarang kita semua tengah berada dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakn (PKP), tetapi itu tidak menghalang kita untuk menyambut tarikh istimewa itu. 

Pelbagai cara dan kejutan yang boleh kita lakukan buat pasangan kita walaupun hanya berada di rumah untuk membuat mereka tersenyum.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tetap berusaha mahu membuat kejutan buat isterinya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nachikciknall

Selamat ulang tahun untuk diriku yg ke 23 Tahun ##fyp ##birthday ##fyppppppppppppppppppppppp

Hanya Rindu - Andmesh

Nak buat surprise birthday untuk isteri tapi last-last hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada lelaki berkenaan telah berkongsi detik manis ketika menerima kejutan daripada suaminya itu. 

Namun, tidak lama selepas itu hujan tiba-tiba turun menyebabkan beberapa belon yang dihiasnya terbang dibawa angin. Perkara itu membuatkan si suami menangis kerana merasakan rancangannya itu tidak menjadi.

Isterinya kemudian terus memeluk sambil memujuk si suami untuk tidak menangis kerana dia masih happy dengan kejutan iu dan tetap berterima kasih kepada suaminya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Masalahnya aku pula yang sedih" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh lelaki itu buat isterinya. Malah, ada juga yang merasa sedih melihat lelaki itu menangis dek kerana hujan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.7K views, 3,091 likes dan 174 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Yang penting usaha dia nak bahagiakan isteri tu paling win! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: