seismik

[VIDEO] Cara Geng Lelaki Ini Main Challenge Isi Air Dalam Cawan Buat Ramai Mahu Cuba Juga

Menarik permainan ni!

Cover image via @ba.lomba (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui kita sekarang sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang menyebabkan semua orang perlu berada di rumah

Sudah tentu ramai yang merasa bosan kerana tidak boleh keluar ke mana-mana, tambahan lagi bagi yang duduk bersendirian. Memang akan cepat rasa bosan kerana tiada rakan untuk berborak.

Tetapi, lain pula bagi yang duduk serumah dengan rakan-rakan mereka kerana suasana pasti lebih meriah dan tidak berasa bosan walaupun perlu duduk di rumah.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki bermain satu challenge telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Main challenge lain daripada yang lain dengan rakan-rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah rumah sambil bermain satu permainan.

Difahamkan kesemua pemuda itu berasal daripada Indonesia. Mereka kemudian bermain sebuah challenge yang memerlukan semua untuk mengisi air dalam cawan sedikit demi sedikit sehingga penuh.

Mereka perlu meneruskan permainan tersebut sehingga air di dalam cawan itu tumpah keluar dan orang yang terakhir membuat tumpah itu perlu dijirus dengan air oleh rakan mereka.

"Another idea untuk dilakukan bila dah boleh balik kampung nanti" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka. Malah, ramai juga yang mahu mencuba challenge ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga mereka nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 16.2M views, 1.1M likes dan 11.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best kan challenge ni, ajak rakan atau family korang main sekali! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: