seismik

[VIDEO] Dah Siap Masak Untuk Lauk, Sekali Wanita Ini Baru Perasan Ada Lagi Seekor Menyorok

Boleh pula dia lari tu ya.

Cover image via Masak Apa Hari Ni (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sudah pastinya aktiviti memasak menjadi rutin harian setiap orang

Ada yang lebih suka memasak sendiri berbanding beli di kedai kerana lebih puas, tetapi ada juga yang suka membeli di kedai kerana malas untuk memasak. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.

Tentu banyak sekali menu baru yang dipelajari semasa musim PKP ini dan membuatkan ramai mahu cuba untuk memasaknya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Facebook ini apabila seorang wanita menyedari 'lauk' hidangannya terlepas dan bersembunyi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah siap masak hidangan sekali perasan ada lagi seekor ketam terlepas

Menerusi video tersebut, seorang wanita telah berkongsi kisah lucunya di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni mengenai seekor ketam untuk lauk hidangannya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Fatin itu, dia perasan seekor ketam melarikan diri apabila dia berjalan ingin membuang sampah di luar.

Namun, dalam perjalanannya itu dia menyedari seperti ada benda bergerak dan ternyata ia adalah ketam yang dibeli suaminya. Malah, dia juga sudah siap memasak lauk ketam yang lain untuk hidangan hari itu.

"Mr. Crab pandai pula menyorok" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7K likes, 349 comments dan 120 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Aduhai ketam ni boleh pula dia menyorok celah tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik