[VIDEO] Hargai Pengorbanan Isteri, Suami Hulur Telefon Suruh Shopping Apa Saja di Shopee
Suka isteri dia :)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang wanita pasti mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam menguruskan hal rumah tangga
Tolong kemas rumah, siapkan anak-anak dan macam-macam lagi. Pengorbanan mereka ini sangat besar sehingga tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Oleh itu, suami seharusnya melakukan perkara yang boleh membahagiakan mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki menghulurkan telefonnya kepada si isteri untuk menyuruh dia shopping mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hulur telefon suruh isteri shopping puas-puas
Menerusi video tersebut, kelihatan suaminya itu menghulurkan telefon bimbitnya sambil membuka aplikasi Shopee.
Dia kemudian memberikan ‘izin’ kepada isterinya untuk membeli apa saja yang dia mahu di aplikasi tersebut menerusi akaunnya tetapi perlu dibeli sebelum pukul 12 pagi.
Seperti tidak percaya, isterinya itu lantas mengambil telefon bimbitnya sambil mengucapkan terima kasih.
Difahamkan, ia adalah salah satu cara suaminya untuk membalas jasa isterinya yang telah banyak berkorban untuk dirinya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Ya Allah tolonglah kurniakan suami macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berharap agar dikurniakan sifat suami seperti ini suatu hari nanti.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 130.5K views, 6,942 likes dan 260 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: