x

seismik

Boring Duduk Lama Dekat Rumah, Pemuda Ini Siap Buat Konsert Dengan Dancing Cactus. Lawak!

Bestnya ramai penonton.

Cover image via @fayadgojez (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memaksa kita untuk terus berada di rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19

Sudah tentu perkara ini amat membosankan kita, tambahan lagi jika tinggal berseorangan. Pasti akan mencari pelbagai aktiviti untuk menghiburkan hati mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda menyanyi bersama dancing cactus yang dibelinya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fayadgojez

Harap tak kena kompaun semua penonton konsert cactus saya ##cactus ##cactusviral ##fyp ##fyp

original sound - E-zuone Ketupat - Tik Toker

Buat konsert dengan 100 dancing cactus di rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang melakukan persembahan parodi bersama dancing cactusnya untuk menghilangkan rasa bosan.

Dia juga dilihat melakukan gaya Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyi seperti berada di sebuah konsert.

Bukan hanya satu dancing cactus, tetapi dia melakukan persembahan itu dengan iringan 100 dancing cactus bersamanya. Difahamkan juga rupa-rupanya dia merupakan salah seorang yang menjual permainan viral itu.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@fayadgojez

Reply to @fadzoners oh 12 cactus ituhari tak cukup ya? Tak apa saya belanja, jangan stress tau duduk rumah ##fyp ##fyp ##cactusviral ##cactus

Hati Kama - Pak Ngah
@fayadgojez

Reply to @mrsayu22 ya saya sedih jangan tanya lagi dah ##shouldbeme ##fyp ##fyp ##cactusviral ##cactus

Air Mata Ibu - Siti Nurhaliza

"Sekali semua cakap serentak, dah takut" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat pemuda tersebut. Malah, ramai yang tidak dapat bayangkan bagaimana jika 100 kaktus itu bercakap dengan serentak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 112.3K likes dan 4,920 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Banyak betul dancing cactus dia, memang boleh buat konsert :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik