seismik

[VIDEO] Atuk Ajak Main Teka Teki, Tapi Reaksinya Beri Jawapan Pula Buat Ramai Cair. Comel!

Pandai ya atuk ni kenakan orang.

Cover image via @muhdgambino (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain teka-teki adalah salah satu permainan yang dapat menghilangkan bosan tanpa menggunakan sebarang alatan

Anda hanya perlu menjawab soalan yang ditanyakan oleh mereka dengan tepat. Namun, kadang kala jawapannya akan membuatkan kita tidak sangka dan terhibur bila mendengarnya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki merakam momen ketika dia dan atuknya bermain teka-teki menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@muhdgambino

weekend teka-teki with grandpa

original sound - boyan boy

Ajak cucu main teka-teki sampai tergelak-gelak

Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki warga emas sedang bermain satu teka-teki bersama dengan cucunya.

Dia kemudian bertanyakan kepada cucunya soalan yang berbunyi "kereta apakah yang tidak dipanggil kereta?".

Cucunya itu kemudian mula memikirkan jawapan untuk soalan yang diberi oleh si atuk sehingga dia mula mengaku kalah kerana tidak tahu jawapannya.

Si atuk selepas itu memberikan jawapannya adalah teksi kerana semua orang tidak memanggil teksi itu kereta tetapi hanya memanggil teksi saja.

"The way he laughed at his own joke" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya. Malah, ada juga yang memuji kecomelan si atuk ketika memberikan jawapannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 207.5K views, 38.1K likes dan 1,172 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, comel je atuk dia gelak tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: