Isteri Kononnya Nak Beli Satu Barang, Sekali Sampai Di Kaunter Lain Pula Yang Dibeli
Begitulah perempuan ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Membeli barangan dapur sememangnya telah menjadi rutin penting terutama bagi pasangan suami isteri
Kebiasaannya barangan dapur ini akan dibeli oleh suami dan isteri atau salah seorang daripada mereka untuk keluar membeli tambahan lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi perangai isterinya ketika membeli barangan dapur mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Yakin nak beli satu barang, tapi bila sampai di kaunter banyak pula
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki merakam rutin mereka suami isteri semasa keluar membeli barangan dapur bersama.
Si suami kemudian bertanya kepada si isteri adakah dia mahu menggunakan trolley untuk meletakkan barangan nanti. Tetapi, si isteri dengan yakinnya menjawab tidak perlu menggunakan trolley kerana dia hanya mahu membeli satu barang saja.
Namun apa yang lebih melucukan adalah bila sampai saja di kaunter pembayaran, si suami menunjukkan tangannya sudah dipenuhi dengan barangan lain yang diambil oleh isterinya itu
"Aku pun selalu kena scam dengan bini, hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai juga yang dapat relate situasi berkenaan dengan pasangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 439.4K views, 20.9K likes dan 261 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: