x

seismik

"Sel-Sel Otak Berhubung" - Gadis Ini Kongsi Kisah Lucu Sambung Menyanyi Dengan Orang Lain

Aduhai, ni memang sel-sel otak tengah berhubung.

Cover image via @dayahlebbit (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara kita di sini yang suka menyanyi seorang diri kan? Tak kiralah masa memandu atau berjalan ke mana-mana

Ia datang secara tiba-tiba apabila kita merasa kebosanan. Tetapi, pernahkah anda menyanyi seorang diri dengan kuat sehingga disedari oleh orang sekeliling anda?

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi kisah lucunya semasa terjumpa dengan seorang perempuan di kedai mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dayahlebbit

Dah berhubung ke belum sel otak harini? . Taknak boh hashtag hopefully takdak yg nampak video ni.

original sound - Cik Dayah Lebbit

Tiba-tiba terikut nyanyian daripada orang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi kisah lucunya semasa memasuki sebuah kedai.

Dia kemudian terserempak dengan seorang perempuan yang kebetulan berada di lorong kawasan sama dengannya. Dia memberitahu semasa melalui kawasan itu, perempuan tersebut sedang menyanyi lagu 'Happy Birthday To You' dan terus berhenti menyanyi selepas melihat dia datang di kawasan itu.

Malah, apa yang lebih menghiburkan adalah wanita terbabit dengan secara spontannya tiba-tiba terus sambung menyanyikan lagu dari perempuan itu seolah-olah dia sendiri tidak sedar mengapa dia menyanyikannya. Kejadian itu membuatkan perempuan itu terdiam sambil memandangnya.

Selepas tersedar dari ‘lamunan’ itu, wanita berkenaan terus beredar kerana takut perempuan tersebut beranggapan dia memerlinya.

"Lagu Happy Birthday boleh berjangkit, boleh sama-sama nyanyi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar perkongsian wanita itu.

Malah, ramai yang berpendapat sememangnya nyanyian lagu daripada orang lain boleh berjangkit sehingga menyebabkan kita juga akan turut menyanyikan lagu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 267.2K views, 40.1K likes dan 1,584 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawaklah dengar cerita sis ni. Boleh pula dia sambung menyanyi tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik