seismik

Pemuda Ini Hantar Voice Note Dekat Pelumba Basikal Australia, Mesejnya Pula Bikin Dekah

Terhibur pula dengar!

Cover image via @abedeyyyy (TikTok) & News.com.au

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Momen yang dibanggakan oleh semua rakyat adalah apabila Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat buat Malaysia di pertandingan berprestij itu.

Seperti yang kita semua tahu Malaysia sekali dihadiahkan pingat di pertandingan berpestij itu yang disumbangkan oleh pelumba berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang.

Biarpun impian beliau ingin mendapatkan pingat emas tidak tercapai, tetapi seluruh rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaiannya kerana telah menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara Keirin lelaki.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda sengaja mengusik pelumba basikal Australia dengan menghantar voice note mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja 'usik' hantar voice note beri mesej kepada pelumba basikal itu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi voice note yang dihantarnya kepada pelumba basikal Australia yang turut bertanding dalam acara Keirin bersama dengan Datuk Azizulhasni.

Dia kemudian berkongsi pesanan mesejnya kepada pelumba tersebut. Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah pemuda itu menghantar voice note dalam bahasa Melayu kepadanya.

Malah, dia juga siap bertanyakan mengapakah pelumba itu tidak mengekori rapat dengan pelumba dihadapan dan memberikan jarak yang agak jauh semasa perlumbaan.

Untuk pengetahuan anda, pelumba Australia yang bernama Matthew Glaetzer itu bertanding dengan Datuk Azizulhasni Awang semalam dalam acara Keirin yang menempatkannya berada di kedudukan kelima.

Image via The Guardian

"Risau lama-lama tengok netizen Malaysia, macam-macam idea" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar luahan pemuda tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 160K views, 12.1K likes dan 532 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam perangai ya semua. Sampai ke voice note dia bagi :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: