seismik

[VIDEO] Review ‘Water Jet’ Dalam Loghat Terengganu, Suara Gadis Ini Bikin Netizen Dekah

Rare betul cara review dia.

Cover image via @saerahriffin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah melihat review dulu sebelum anda mahu membeli sesuatu barang betul tak?

Kebiasaannya ramai orang akan melihat dulu adakah produk yang mereka mahu beli itu berkualiti berdasarkan beberapa review yang dikongsikan.

Daripada situlah baru kita boleh buat keputusan sama ada mahu membelinya atau tidak. Adakah ciri-cirinya seperti yang kita mahukan dan lain-lain lagi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila cara seorang gadis review barang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@saerahriffin

Malas nok cakak lening bukannya sek mu nok dengor pung ##SummerMusicFestival

original sound - Syahirah Riffin

Kongsi barangan yang dibelinya sambil membuat review

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berkongsi barangan yang baru dibelinya di Shopee.

Dia kemudian membuat beberapa review mengenai barangan tersebut sambil menggunakan loghat Terengganunya.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah suara dan cara dia review barangan tersebut seolah-olah seperti ‘malas’ bercakap yang telah membuatkan ramai terhibur.

"Penat sangat ni rehat dulu nanti sambung rekod okay" - Netizen*

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur mereka melihat caranya itu. Malah, ada juga yang menyuruh dia berehat terlebih dulu sebelum membuat review.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 524.7K views, 35K likes dan 909 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kelakar pula tengok cara dia review. Mungkin dia penat kot :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: