seismik

"Boleh Beat China" - Konon Nak Tiru Pandelela, Aksi Diving Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Padu bang.

Cover image via @laa_aiman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti semua tahu, pertandingan berprestij dunia iaitu Olimpik Tokyo 2020 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi

Sudah tentu kita mengharapkan para atlet kita untuk meraih pingat buat negara, namun mungkin kali ini bukan rezeki buat mereka. Apa-apa pun mereka telah melakukan yang terbaik dan telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Salah satu acara yang menjadi tumpuan dalam sukan Olimpik ini adalah diving 10m platform yang diwakili oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila aksi seorang lelaki cuba untuk meniru gaya Pandelela ketika diving menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna latar belakang nama Pandelela Rinong buat terjunan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia di papan anjal untuk melakukan aksi divingnya.

Malah, dia menggunakan latar belakang ketika Pandelela Rinong beraksi sambil kononnya ingin melakukan gaya yang sama seperti penerjun negara itu.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja dia menerjun ke dalam kolam tersebut, kelihatan dia gagal melakukannya dengan baik sehingga timbul percikan air yang sangat besar.

"Dia punya percik air tu boleh kena juri oo" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi lelaki tersebut membuat terjunan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 853.3K views, 98.1K likes dan 2,047 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ouch! Tengok macam sakit juga dia masuk dalam air tu. Tapi menghiburkan bang :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: