[VIDEO] Pemuda 'Prank Call' Minta Izin Untuk Berkahwin, Reaksi Si Ayah Pula Curi Tumpuan
Ayah dia steady je cakap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak berlakunya pandemik Covid-19, ramai pasangan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka demi menjaga keselamatan diri
Sudah pasti perkara ini membuatkan ramai yang tertekan kerana mereka telah menyiapkan pelbagai persiapan untuk majlis tersebut. Buat masa sekarang hanya pernikahan secara online saja dibenarkan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda melakukan prank kepada ayahnya dengan meminta izin untuk berkahwin telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Luah hasrat ingin berkahwin sebab nak tengok reaksi ayah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang menelefon ayahnya dengan bertanyakan khabarnya terlebih dulu.
Dia kemudian mempunyai satu idea untuk mengenakan ayahnya dengan melakukan prank untuk memberitahu hasratnya yang ingin berkahwin.
Sebaik saja mendengar luahan tersebut, si ayah dilihat terkejut sambil ketawa mendengar hajat anaknya itu yang secara tiba-tiba.
Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi si ayah yang tidak berhenti ketawa dan 'memerlinya' kerana masih belajar dan tidak mempunyai duit yang cukup untuk berkahwin.
"Bila bapak kau tahu kau macam mana dia mampu gelak je" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi si ayah. Malah, ramai yang menganggap ayahnya adalah seorang yang sporting.
ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 124.6K views, 15.7K likes dan 517 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: