seismik

[VIDEO] Tak Sempat Nak Capai, Budak Lelaki Ini Pasrah Lihat Bouquet Belon 'Duit Terbang'

Laju betul dia naik.

Cover image via @missyoubouquet (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah melihat atau mendapat bouquet belon yang diikat bersama duit betul tak?

Hadiah seperti itu kini sudah menjadi trend dan viral di media sosial untuk diberikan kepada insan yang tersayang. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang berkongsi momen mereka itu.

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang budak lelaki ini apabila terpaksa pasrah melihat hadiahnya 'terbang' di TikTok mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@missyoubouquet

Ya Allah kesian dgn anok sdra jauh mn lah belon to pergi btw happy birthday smeoga menjadi anak yg soleh aamin ##fyp ##missyoubouquet

original sound - agus

Baru nak buat surprise sekali tali belon terputus

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki ketika itu sedang berada di luar rumah setelah mendapat kejutan bouquet belon yang berisi duit.

Dia kemudian membuka ikatan hadiah tersebut sambil diperhatikan oleh dua maskot yang berada di sebelahnya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah sebaik saja dia membuka ikatan tersebut, belon itu terus terbang bersama-sama dengan duit dibawahnya. Difahamkan, tali ikatan belon itu terputus sehingga menyebabkan ia terus terbang.

"Harap duit tu jatuh depan rumah aku" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya. Malah, ada yang bersimpati melihat hadiah itu terbang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 545.8K views, 21.5K likes dan 1,528 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alamak, sabar ya dik. Mungkin ada yang ganti dengan hadiah baru nanti :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik