seismik

[VIDEO] Netizen Luah Rasa Marah, Aunty Ini Hanya Terima Upah RM10 Untuk Cuci 2 Buah Rumah

Tak padan langsung dengan upah yang diberikan!

Cover image via @aisyahshahid (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semenjak negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, ramai yang kehilangan punca pendapatan mereka

Sememangnya wabak ini tidak mengenal usia. Ramai yang telah menjadi mangsa, bahkan ada yang sehingga kehilangan orang yang tersayang.

Disebabkan itu, tidak semua aktiviti dan beberapa sektor boleh dibuka kerana perlu menjaga SOP dan keselamatan diri masing-masing daripada jangkitan wabak ini.

Tular baru-baru ini video di Twitter apabila seorang wanita berkongsi upah pekerjaan yang dilakukan oleh seorang aunty ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ambil upah lakukan kerja membersihkan rumah, tapi harga yang diterima mengejutkan ramai

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang melakukan kerja amal dengan memberi barangan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kebetulan semasa itu mereka ternampak seorang aunty dalam perjalanan mahu ke tempat kerjanya dan terus singgah untuk berjumpa sekejap dengannya.

Mereka kemudian bertanyakan pekerjaan yang dilakukan oleh aunty tersebut dan dia memberitahu mengambil upah dengan membersihkan rumah. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah harga upah yang diterimanya itu langsung tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Aunty itu berkongsi dia menerima jumlah RM10 untuk mencuci dua buah rumah yang diberikan oleh individu tersebut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi bawa bekal nasi kanji + garam untuk kenyangkan perut

Dia juga menunjukkan bekal yang dibawanya ke tempat kerja semasa waktu rehat. Kelihatan hanya nasi kanji dan garam saja dibuat sebagai perasa untuk menampung kelaparannya.

Situasi itu membuatkan dua orang wanita itu terkejut dengan apa yang dikongsikan oleh aunty tersebut.

Menurut aunty itu dia yang tinggal bersama kawannya tidak mempunyai pekerjaan dan disebabkan itu dia sanggup menerima apa saja pekerjaan setakat ini.

Dia juga berterima kasih kepada dua orang wanita berkenaan kerana telah memberinya sedikit barangan bantuan untuknya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Gila betul orang ambil kesempatan. Kesiannya tindas orang susah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap aunty tersebut. Malah, ramai yang meluahkan rasa marah mereka kepada individu yang memberikan upah itu kerana tidak bertimbang rasa.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 409.9K views, 3,495 retweets dan 4,067 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Sedih bila tengok perkara macam ni. At least bertimbang rasalah sikit dengan harga upah dia tu :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: