seismik

“Buat Hal Order Makanan Dalam Stadium” - Abang Rider Ini Sampai Pening Nak Cari Customer

Kesian abang tu.

Cover image via @faizisaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang umum tahu, sekarang orang ramai dibenarkan memasuki stadium untuk menonton bola dengan had jumlah yang telah ditetapkan

Tetapi, kita haruslah sentiasa berwaspada dengan menjaga operasi standard (SOP) dalam melawan Covid-19 ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang rider seolah-olah mencari pelanggannya di dalam stadium bola telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@faizisaa

Buah naya kat rider jenuh cari sapa order

PENANTIAN ARMADA - sadvibes

Terpinga-pinga cari pelanggan yang order makanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang rider foodpanda sedang berada di dalam sebuah stadium bola ketika perlawanan berlangsung.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila rider itu seolah-olah mula mencari siapakah pelanggan yang memesan makanan tersebut.

Difahamkan, sebenarnya makanan dan minuman luar tidak dibenarkan memasuki dalam stadium, tetapi ada yang bertindak dengan memesan makanan penghantaran tersebut.

"Kut ye pun janganlah suruh hantar dekat stadium, jenuh nak cari" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 107.6K likes dan 973 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Buat hal betul pesan penghantaran makanan dalam stadium. Pening abang tu nak mencari.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: