seismik

[VIDEO] Nampak Anjing Nak Kejar Masa Bawa Motor, Abang Rider Ini Selamba Turun Kejar Balik

Bukan biasa-biasa abang ni.

Cover image via @ikmalsopi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, semua perkara boleh dilakukan secara online atau menggunakan telefon pintar saja

Dari kelengkapan diri sehinggalah kepada memesan makanan, anda hanya perlu melakukan melalui aplikasi. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

Namun, kadangkala kita perlulah bersabar tambahan lagi jika memesan makanan kerana rider mungkin perlu berdepan dengan pelbagai situasi dan cuaca semasa menghantar makanan anda.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini menunjukkan gelagat seorang rider foodpanda ini apabila mengambil keputusan untuk mengejar kembali anjing yang ingin mengejarnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ikmalsopi jangan cabar aku anjim , kang tak memasal takde telinga sebelah #foodpanda #135lc #fooddelivery #fyp #fypdonggggg Oh No - Kreepa

Kejar balik anjing yang ingin mengejarnya masa bawa motor

Menerusi video dari @ikmalsopi, kelihatan dia yang juga merupakan rider foodpanda semasa itu sedang berada di atas motor untuk menghantar pesanan pelanggannya.

Namun, semasa dalam perjalanan dia ternampak seekor anjing bewarna putih seperti menghampiri motornya. Tanpa berfikir panjang, dia dengan selamba dilihat turun dari motor dan terus mengejar anjing itu kembali.

"Uno card reverse in reality be like" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu kerana berani mengejar kembali anjing tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 574.2K views, 59.4K likes dan 1,219 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Padu bang! Bukan semua orang berani buat macam tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: