seismik

[VIDEO] Lama Sangat Tunggu Order, Pemuda Ini Selamba Terjah Dapur Buat Air Untuk Member

Macam kedai tu dia punya ya.

Cover image via @aethesticloner (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kita semua kini boleh makan di restoran dengan syarat mestilah lengkap dua dos vaksin

Boleh dilihat semakin ramai yang datang dan makan di dalam kedai sehingga kadangkala membuatkan kedai itu penuh dan perlu beratur untuk menunggu giliran.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda dengan selambanya membancuh air kerana lama menunggu pesanannya sampai telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aethesticloner aku dengan barainya, tak tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la #fyp #viral2021 #xyzbca #tiktokmalaysia #berandatiktok #lawakmalays original sound - urlilboy

Lama sangat tunggu order sampai, pergi dapur bancuh air sendiri

Menerusi video itu, seorang lelaki merakam gelagat rakannya yang mengambil keputusan untuk membancuh air sendiri di salah sebuah kedai mamak.

Difahamkan, ia disebabkan terlalu lama menunggu pekerja kedai untuk mengambil pesanan mereka. Pemuda itu juga sanggup berbuat sedemikian kerana merasa keletihan bekerja.

Malah, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pemuda itu siap membancuh sekali semua air buat rakan-rakannya dan menghantarnya ke meja.

"Dia punya tahap berdikari tu sampai ke dapur orang, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat pemuda tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.4K views, 58K likes dan 1,631 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Susah nak ada member macam ni ya. Macam kedai tu dia punya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: