seismik

[VIDEO] Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Dengan KFC, Harap Dapat Kemudahan Untuk Golongan OKU

Semoga pihak di sana dapat ambil tindakan.

Cover image via @aira_meor (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kemudahan seperti pandu lalu adalah salah satu perkara yang menyenangkan kita dalam memesan makanan tanpa masuk ke dalam premis

Tidak dinafikan ia memang memudahkan golongan biasa seperti kita tetapi bukan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Hal ini kerana bukan semua tempat yang menyediakan kemudahan bagi golongan ini dan ia akan menyukarkan mereka kerana tidak mendapat kemudahan seperti orang lain.

Baru-baru ini tular di TikTok video memaparkan seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak KFC telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aira_meor Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness Sadness - Official Sound Studio

Kecewa kerana dinafikan hak OKU oleh KFC

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi luahan hatinya ketika dia mahu membeli makanan menerusi pandu lalu di KFC.

Wanita yang dikenali sebagai Aira itu merupakan seorang kelainan upaya kerana pekak dan bisu. Dia menceritakan ketika itu dia ingin membuat pesanan di pandu lalu namun, pekerja di situ pula menyuruhnya memasuki kaunter dalam untuk membuat pesanan.

Difahamkan, pekerja KFC itu menyuruh Aira masuk ke dalam premis kerana mereka tidak boleh mengambil pesanan melalui screen. Situasi itu membuatkan dia merasa kecewa kerana telah beratur panjang sebelum tiba gilirannya.

Video itu turut menjadi tular di kalangan pengguna Twitter yang kemudian merasa simpati di atas situasi yang menimpa Aira itu.

Lihat posting itu di bawah:

"Mata dia menunjukkan segalanya betapa dia kecewa" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang simpati di atas nasib golongan ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 559.2K views, 82.7K likes dan 3,405 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga pihak atasan dapat selesaikan isu ini bagi memudahkan semua golongan dapat merasai perkhidmatan yang ditawarkan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: