seismik

Sekumpulan Pelajar Buat Persembahan, Tapi Confident Salah Seorangnya Pula Jadi Perhatian

Bila kau rasa confident be like.

Cover image via @izzahafeyah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang umum tahu, sekolah kini boleh dibuka secara berfasa dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Sudah tentu ini adalah perkara yang baik kerana negara kini secara pelan-pelan sudah mula kembali seperti biasa. Tambahan lagi buat pelajar yang dapat menumpukan pelajaran lebih secara bersemuka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila salah seorang pelajar telah mencuri perhatian ramai ketika membuat persembahan dengan ahli kumpulannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@izzahafeyah bila ko rasa confident sgttt be likeee .. #maulidnabi #qosidah #fyp original sound - bukan ustazah

Terlebih 'confident' pula masa tengah buat persembahan dengan rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar sedang membuat persembahan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul di salah sebuah sekolah.

Namun, dalam pada mereka asyik membuat persembahan, tiba-tiba salah seorang daripada mereka dengan tidak sengaja tersilap rentak nyanyian sehingga menyebabkan ahli kumpulan yang lain terpaksa menahan ketawa di atas pentas.

"Aku faham perasaan malu tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memahami apa perasaan pelajar tersebut yang merasa malu kerana tersilap. Malah, ada yang terhibur melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 505.6K views, 83.8K likes dan 1,207 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seorang buat silap habis semua tergelak ya atas pentas tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: