seismik

[VIDEO] Tengah Sibuk Buat Laporan Live, Tapi Wartawan Ini Pula Menyempat Bagi Pickup Line

Padu kak.

Cover image via @costameme (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menjadi seorang wartawan bukanlah satu kerja mudah kerana anda perlu berkorban masa dan tenaga demi menyampaikan berita tidak kira masa

Malah, anda juga kadangkala perlu bekerja lebih masa untuk berada di sesebuah lokasi demi melaporkannya kepada umum.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wartawan wanita tiba-tiba memberi pickup line semasa live telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat buat pickup line masa tengah sampaikan laporan di jalan raya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wartawan wanita sedang memberikan laporan aliran trafik oleh kerana kini kerajaan sudah pun membenarkan orang ramai merentas negeri.

Namun sedang asyik memberikan laporan, dia sempat memberikan pickup line semasa bersiaran langsung dengan ayat "masing-masing ceria dapat merentas negeri apatah lagi kalau ada yang dapat merentas hati".

"Time aku tengok berita takde pula macam ni, time aku tak tengok semua benda ada" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar pickup line dia itu. Malah, ramai yang dilihat cuba memberi kata-kata usikan kepadanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 414.3K views, 37.7K likes dan 549 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Amboi, pandai ya kak. Sempat lagi keluar idea dia nak bagi pickup line tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: