seismik

[VIDEO] Cara Wartawan Ini Menaip Sambil Dengar Ucapan Menteri Buat Ramai Teruja Tengok

Hebat bang!

Cover image via @shahrilyusup (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika bidang kerja anda banyak menggunakan komputer pasti sedikit sebanyak anda sudah mahir mengendalikannya betul tak?

Tambahan pula jika kerja anda banyak memerlukan anda untuk menaip. Memang boleh hafal di mana huruf-huruf itu terletak.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila cara seorang wartawan menaip tanpa melihat komputernya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menaip dengan laju sambil dengan ucapan menteri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga bekerja sebagai wartawan sedang berada di salah satu sidang media yang ketika itu disampaikan oleh Perdana Menteri Ke-9 Dato' Sri Seri Ismail Sabri.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat duduk bersila di depan bersama laptopnya sambil menaip dengan laju ketika ucapan itu disampaikan.

Malah bukan itu saja, terdapat juga satu video yang menunjukkan perkara sama ketika dia sedang menjalankan tugasnya.

Lihat video penuh lain itu di bawah:

"Kalau aku nak cari A pun gelabah wei" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat cara lelaki itu menaip. Malah, ramai yang berkongsi apa yang berlaku ketika mereka sedang menaip.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 694.1K views, 53.7K likes dan 2,308 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Power bang, bukan semua orang boleh taip tanpa tengok :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: