Pesan Order Makanan Siap Minta Nak Bahagian Isi Ayam, Jawapan Kedai Pula Tarik Perhatian
Rasa macam comel je kedai tu punya reply.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memesan secara online kini menjadi kegemaran ramai orang tidak kiralah barangan ataupun makanan
Semua mudah menggunakan hujung jari saja. Tidak perlu bersusah-susah untuk keluar rumah membeli lagi.
Tetapi, jika anda memesan makanan secara online, ada kalanya apa yang anda pesan tidaklah seperti yang dijangka.
Sama seperti sebuah video di TikTok ini apabila seorang lelaki memesan makanan secara online dan meminta agar dberi bahagian isi ayam mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pesan makanan siap tulis nota nak bahagian isi ayam
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi pesanan makanan yang di pesannya secara online.
Difahamkan dia membeli nasi ayam dan kemudian menulis remarks agar pekerja kedai makanan tersebut memberikannya ayam bahagian isi.
"Ayam nak isi jangan tipu Allah tahu tiada tak apa," tulisnya.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja pesanan makanannya itu sampai dia menerima satu nota pada bungkusan makanannya oleh pihak kedai dengan menulis "Sumpah ayam dada habis Wallahi".
"Limited orang cari isi ni banyak orang cari tulang" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat nota tersebut. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka apabila meminta special request semasa membeli makanan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 118.3K views, 8,658 likes dan 226 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: