"Naik Honda Tapi Tol Tak Nak Bayar" - Pemandu Ini Bijak Perangkap Kereta Dibelakangnya
Buat malu je!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai pengguna jalan raya kita pasti pernah melalui tol di sesetengah jalan tambahan lagi jika ianya jauh betul tak?
Biasanya bayaran tersebut digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Jumlah tol yang dikutip bergantung kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut,
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pemandu bertindak bijak ketika dia sedang berada di salah sebuah tol mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pemilik kereta Honda cuba ikut kereta di depan untuk elak bayar tol
Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi rakaman yang diambil daripada dashcam seorang pemandu yang ketika itu mahu membayar tol.
Tidak lama kemudian muncul sebuah kereta Honda dengan lajunya dibelakang kereta tersebut. Difahamkan pemilik Honda itu bertindak demikian kerana tidak mahu membayar tol.
Jadi, dengan cara mengekori rapat kereta di depannya dia memikirkan dia akan terlepas dari membayar tol tersebut.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pemandu kereta itu bertindak dengan bijak sekali apabila selepas selesai membayar tol dan palang terbuka, dia terus ke depan dan memberhentikan keretanya.
Situasi itu membuatkan pemilik Honda itu tersangkut dan berundur kerana tidak dapat melepasi palang berkenaan kerana ia sudah tertutup.
"Habis duit dah bayar down payment Honda kot. Sampai nak bayar tol pun dah sengkek takde duit" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berpuas hati melihat tindakan pemandu tersebut. Malah, ramai juga yang meluahkan pendapat mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 135.4K views, 9,155 retweets dan 9,555 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: